Wednesday, December 30, 2009

Munajat Di Sepertiga Malam


Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran & As-Sunnah

1. Menurut Al-Quran

Di antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu:

* Pahala mereka tidak terhalang.

Firman Allah s.w.t. ertinya:
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.”
(Ali Imran: 113 – 115)

* Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.

Firman Allah s.w.t. ertinya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
(Ali Imran: 15 – 17)

* Allah mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.

Firman Allah s.w.t. ertinya:“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.”
(Al Isra: 78-79)

* Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.

Allah s.w.t. berfirman ertinya:“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahmaan (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,”
(al-Furqan: 63-64)

* Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.

Allah s.w.t. berfirman
maksudnya:
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

* Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?” Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
(Az-Zumar: 9)

* Suka berkorban dan membantu orang-orang miskin.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mataair-mataair terpancar padanya.(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”
(As-Dzariyat: 15-19)

* Mempunyai sifat kesabaran.

Firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.”
(Qaaf: 39-40)

* Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).”
(Ath-Thur: 48-49)

* Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.

Firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartiil”.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.


2. Menurut hadis Rasulullah s.a.w.

Dalam hadis-hadis Rasulullah banyak menjelaskan betapa besarnya nilai dan pahala bagi orang-orang yang suka bangun di waktu malam kemudian melaksanakan ibadah kepada Allah. Kerana malam adalah merupakan masa yang tenang dan damai, jauh dari gangguan pendengaran, penglihatan dan pengaruh-pengaruh yang lain. Sehingga seseorang dapat dengan khusyuk dalam menyampaikan permintaan atau hajatnya kepada Allah s.w.t.Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan dalam hadis-hadis Baginda iaitu:

* Allah akan mengabulkan segala permintaan hamba-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)

* Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:“Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah malam. Oleh sebab itu, jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)Dalam riwayat Muslim disebutkan, bahawa Allah menangguhkan hingga berakhirnya sepertiga pertama dari malam. Dan Allah turun ke langit dunia kemudian berfirman: “Aku adalah Tuhan, siapakah yang memanggil-Ku.”

* Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:“Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.” (HR Tarmizi)

* Mendidik jiwa untuk bersyukur.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Daripada Mughirah bin Syukbah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah beribadah di malam hari hingga kedua kakinya bengkak.” Lalu sahabat bertanya: “Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah, bukankah dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah s.w.t.?” Baginda menjawab: “Tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah.?” (HR Ima ahli kecuali Abu Daud)* Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:“Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.” (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)

* Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu iaitu solat tahajjud.” (HR Muslim)

* Tidak pelupa dan suka bersedekah.Solat tahajjud mempunyai kelebihan menjadikan seseorang tidak pelupa, suka beribadah dan suka bersedekah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:“Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat al-Quran, maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iaitu orang yang gemar beribadah. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat al-Quran, maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah.” (HR Abu Daud)

Demikianlah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah s.w.t.. Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat: “Amalan apakah yang paling afdal ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam.”(HR Abu Daud)

diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. solat malam sebanyak sepuluh rakaat, di tambah satu rakaat solat witir dan dua rakaat solat sunat fajar. Semuanya tiga belas rakaat.” (HR Muslim)

Monday, December 28, 2009

uhibbuk usrati ...5 .12.2009

kenangan di hari walimah abang sulung ana..
bukan senang utk mengadakan pjumpaan bersama saudara mara..
namun di majlis yg julung kali mak dan abah ana mendapat menantu yg sulung , dapatlah kami berkumpul beramai-ramai..
doa dan harapan ana semoga perhubungan yang penuh keberkatan dan diredhoi ini berkekalan di bawah kasih sayang ALLAH..insyaALLAH..amin..

'Biah bolehah' bermula dari usrah..
ana yakin janji ALLAH..