Wednesday, March 28, 2012

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi sesempatan dan m'gerakkan hati ini untuk menyambung semula penulisan dakwah dlm blog ini setelah hampir setahun tidak mencoret tnpa izinnya dan atas kedhaifan diri juga..I.ALLAH, semoga diri akan istiqamah dalam penulisan Dakwah untuk perkongsian bersama shbt dlm blog ini..amin..
Setelah 4 tahun menimba ilmu di bumi Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam. Tarikh 3.12.2011 merupakan detik yang paling bersejarah kerana impian saya untuk memberikan kejayaan ini pada kedua ibu bapa dan keluarga yg menjadi inspirasi pada diri saya untuk meneruskan pejuang menuntut ilmu dan menerima Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam sekaligus memikul taklifan yang besar untuk menyebarkan Ilmu Allah ini..Alhamdulillah dapat juga ku melihat kegembiraan kesedihan itu pada mak dan abah pada hari Konvokesyen ku ..terima kasih Ya Rabb..

Kini, nikmatNya saya dapat lagi setelah menerima berita berjaya dalam temuduga untuk menjadi seorang pendidik..mungkin ini sudah takdirnya saya perlu melaksanakan taklifan mendidik di Sekolah Kebangsaan daerah Klang..Seorang diri tercampak di daerah yang asing bagi diri saya ini membuatkan diri saya lebih berdikari wlupun kadangkala diri rasa tidak kuat untuk tempuh seorang diri.. Namun, di saat yang getir dengan ujian dan dugaan , ALLAH dtgkan juga pertolongan dengan pelbagai cara. kita akan dapat pertolongan ALLAH setelah kita letak pergantungan kita betul2 padaNya dengan kayakinan. Betapa banyaknya nikmat Kau kurniakan padaku..Ya ALLAH, kau datangkanlah Ilham dan Kekuatan pada diri untuk mendidik pemimpin dunia dan penghuni syurgaMu..amin..

Saya rasa shbt- shbt pernah mengalami keadaan seperti saya setelah ALLAH memilih kita untuk memikul tanggungjawab pada jalan ISLAM..semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi pengisian pada Rohani walaupun sekelumit kekuatan untuk lebih kuat dalam memperjuangkan Islam di atas muka bumi ALLAH ini..amin..
wallahu 'alam..