Tuesday, November 6, 2012

sunnah orang berjuang


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

 Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

 pelita hidup : Hijjaz

Thursday, November 1, 2012

Lelaki Cantik Untuk Didampingi

                    
                           Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu
                  meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara
                  pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
                  kepalanya.

                  Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami
                  antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan,
                  orang ramai ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
                  rumah
                  dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk
                  memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
                  pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu
                  tanpa sebarang gangguan.

                  Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah
                  kawanku. Aku tidak akan berseorangan walau dalam keadaan apa
                  sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
                  meninggalkannya
                  sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

                  Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
                  berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
                  kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan
                  suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
                  Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa. Bila
                  pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
                  untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
                  malaikat - malaikat dari syurga"

                  Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
                  kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
                  dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan

                  merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

                  Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
                  adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
                  mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk
                  tempoh sesaat.

                  Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan
                  menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan -
                  amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran
                  sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah
                  benar. saya berharap "Orang Yang Kacak" itu bersama dengan saya ketika
                  sampai waktunya nanti

                  Wallahua'lam


                  "Khairukum man ta'allamal quran wa'allamah"
                  "Sebaik kamu ialah orang yg belajar al-Quran dan
                  mengajarkannya"

Tuesday, October 30, 2012

Teka teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia
ini?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi
yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al
A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang
paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia
ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali
didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "
Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya
sendiri "

Tuesday, July 17, 2012

Anugerahkanlah Rasa Cinta Dan Takut Pada-Mu

Anugerahkanlah Rasa Cinta Dan Takut Pada-Mu


Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takutkan-Mu
Padaku semoga ku tidak takut selain-Mu
Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah

Ya Allah jadikanlah air mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan, kalau bukan dengan Rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak akan terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku
Lindungilah aku darinya.
 
Ya Allah hiburkanlah aku 
Dengan Redha-Mu..
Dan sabar dengan setiap ujian 
yang Engkau turunkan padaku..
Ameen..

Tuesday, May 22, 2012

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA




S




yidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan
selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah. 

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
 
                     Oleh : MOHD HANAFI BIN JAMALUDIN

 


Saturday, May 19, 2012

pemilik Qalbuku..

 
 
 
Wahai Pemilik qalbuku..

ketika airmta ini gugur menghurai kepiluan, pautkan ku pd dahan redha dan ketabahan..peluklah daku saat resah menggumam jiwa nan lara menyusur jalan mehnah dn kesedihan..tika hatiku luluh trluka, hanya cintaMU belaian terindah ♥
“Allah,Engkau tahu betapa tertatihnya hamba dalam meniti jalan ke syurgaMu. Betapa banyak peluang kebaikan yang ku abaikan. Maafkan hamba Ya Allah, kerana meski berlalu usia dalam bilangan yang banyak…masih sedikit rasa syukurku kepada Mu…”
 Wahai diri..
Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...