Wednesday, December 1, 2010

kita hambaNYA di atas muka bumi ini

Allah Tuhan ku,Allah Tuhan ku..
tiada Tuhan selain Allah..
jadikan anak anak yang soleh..
ya Allah tuhan yg suci..
hanya pada Mu aku meminta,
kuatkanlah iman ku..
jadikan aku anak yg Soleh..

jgn tinggal kan diriku..
terangi jalan hidup ku..
Hanya Engkau Ya Rahman ku..
jadikan aku anak yg soleh..


Allah tuhan ku, Allah tuhan..
tiada Tuhan selain Allah..
jadikan aku anak yg soleh..
Allah tuhan ku, Allah Tuhan ku..
jadikan aku anak yang soleh..
Amin..

"" Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk badan atau rupamu
tapi langsung memperhatikan niat dan keikhlasanmu " (H.lah Muslim).

Rasulullah SAW menatap satu persatu para sahabat yang sedang berkumpul
dalam majlis, hening dan tawadu'. "Ya Rasulullah SAW", ujar salah seorang
hadirin memecahkan keheningan. " Bila pertanyaanku ini tidak menimbulkan
kemarahan bagi Allah, sudilah engkau menjawabnya". "Apa yang hendak
engkau tanyakan itu", tanya Rasulullah SAW dengan nada suara yang begitu
lembut. Dengan sikap yang agak tegang si sahabat itupun langsung bertanya:
"Siapakah diantara kami yang akan menjadi akhli surga?" Tiba-tiba, bagai
petir menyambar, jiwa-jiwa yang tadinya tawadu', nyaris menjadi luka
kerana murka. Pertanyaan yang sungguh keterlaluan, setengah sahabat
menilainya mengandungi ujub (bangga atas diri sendiri) atau riya'. Adalah
Ummar bin Khattab yang sudah terlebih dahulu bereaksi, bangkit untuk
menghadrik si penanya. Untunglah Rasulullah SAW menoleh ke arahnya sambil
memberi isyarat untuk menahan diri.

Rasulullah SAW menatap ramah, beliau dengan tenangnya menjawab:"Engkau
lihatlah ke pintu, sebentar lagi orangnya akan muncul". Lalu setiap
pasang matapun menoleh ke ambang pintu, dan setiap hati bertanya-tanya,
siapa gerangan orang hebat yang disebut Rasulullah SAW ahli syurga itu.
Sesaat berlalu dan orang yang mereka tunggupun muncul. Namun manakala
orang itu mengucapkan salam kemudian menggabungkan diri ke dalam majlis,
kehairanan mereka semakin bertambah. Jawapan Rasulullah SAW rasanya tidak
sesuai dengan logik mereka. Susuk tubuh itu tidak lebih dari seorang
pemuda sederhana yang tidak pernah tampil di permukaan. Ia adalah
sepenggal wajah yang tidak pernah mengangkat kepala bila tidak ditanya
dan tidak pernah membuka suara bila tidak diminta. Ia bukan pula termasuk
dalam daftar sahabat dekat Rasulullah SAW. Apa kehebatan pemuda ini?
Setiap hati menunggu penjelasan Rasulullah SAW.

Menghadapi kebisuan ini, Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
gerak-geri dan langkah perbuatannya hanya ia ikhlaskan semata-mata
mengharapkan ridha Allah. Itulah yang membuat Allah menyukainya".

Tuesday, October 12, 2010

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Saturday, August 28, 2010

TEKAD

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri,
Aral m'hadang dan kezaliman yang akan kami hadapi..
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
jasad ini darah ini sepenuh redha Ilahi...

Kami adalah panah-panah terbujur,
yg siap dilepaskan dari bujur,
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya...

Kami adlh pedang-pedang t'hunus,
yg siap t'hayun menebas musuh,
tiada peduli siapapun pemegangnya...
asalkan ikhlas di hati tuk hanya redha Ilahi, Rabbi...

Kami adlh tombok-tombok berjajar,
yg siap di lontarkan dan menghujam,
menembus dada lantakkan keangkuhan..
Kami adlh butir-butir peluru,
yg siap ditembakkan dan melaju,
mengoyak dan menumbang kezaliman..
asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi, Rabbi..

Kami adlh mata pena tajam,
yg siap menulis kebenaran,
tanpa ragu ungkapkan keadilan...

Kami pisau belati yg selalu tajam,
Bak kesabaran yg tak pernah padam,
tuk harungi dakwah ini jalan panjang..
asalkan ikhlas di hati menuju JANNAH Ilahi, Rabbi...

Sunday, August 22, 2010

Kedatangan Mu Ramadhan...

Ramadhan Kareem utk semua shbt2, akhwat ikhwah seperjuangan . kedatangan bulan Ramadan yg mulia, tetamu Allah sudah memasuki fasa kedua. 10 hari permulaan Ramadhan telah meninggalkan kita..Ya Allah.. begitu cepat masa berlalu sehinggakan hamba Mu ini rasa baru sahaja umat Islam mula menunaikan ibadah puasa..begitu keadaan akhir zaman yg mana telah kita ketahui masa berlalu dengan cepat..macam mana dgn diri kita utk mendapatkan kasih sygNYA, maghfirahNYA, serta keredhaanNYA dlm bulan yg mulia ini? seperti juga diri ini ..masih byk ibadah yg belum dilaksanakan..diri ini perlu kuat utk bermujahadah utk mencapai keredhaanNYA..Ya Allah...bantu lah diri ku , ahli keluargaku dan shbt2 dlam beribadah kepadaMu..kuatkan HATI ku ini..

Monday, July 26, 2010

SRIKANDI MUJAHIDAH DI TERATAK SAYYID QUTB

Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam. Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.



Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.



Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.



Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.



Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.



Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.



Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur’aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra’ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu...



Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika...



Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].



Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.



Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.



Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba’ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:



“Bonda...



Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?



Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan ‘wahyu’ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”



Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman...



- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Thursday, July 22, 2010

Rahsia Sujud Di Dalam Solat



Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Cerita Sujud:
Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.
1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.
Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.
Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.
"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".
Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.
Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).
Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna.
Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih".
Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Sunday, June 20, 2010

adam...pimpinlah aku...-hawa

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya

aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga

dahulu.Aku asalnya daripada tulang rusukmu yg bengkok.Jadi tidak

hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan

darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan krn aku buruan syaitan.

Adam! Maha Suci ALLAH yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya

pd akhir zaman.Itulah ketelitian ALLAH dlm urusanNYA.Jika bilangan

kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dgn darah dan

kacau-bilaulah suasana.Adam sama Adam bermusuhan krn

Hawa.Buktinya,peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman

cucu-cicitnya.Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH

yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari

empat pd satu masa.

Adam! Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan kau.Atau

sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku.Tapi aku risau dan gundah

menyaksikan tingkah lakumu.Sejak dulu lagi aku sudah tahu bhw aku

mesti tunduk apabila menjadi isterimu.Namun,terasa berat pula

untukku menyatakan isi hati.

Adam! Aku tahu,al-Quran ada menyatakan kaum Adam memimpin kaum

Hawa.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.Kau diberi tanggungjawab

untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dlm

redha ALLAH.Tapi,aku dan kaumku kini telah ramai

menderhakaimu.Menyimpang dari jalan yg telah disyariatkan.ALLAH

perintah aku tinggal di rumah.Bukan berjalan-jalan di pasar atau di

bandar sewenang-wenangnya.Jika keluar pun,seluruh tubuhku mesti

ditutup ikut syariat.Tapi,ramai Hawa yg melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa engkau biarkan aku begini? Aku jadi ibu.Jadi

guru.Menjaga dan didik anak-anakmu.Waktu yg sama aku mengurus dan

mentadbir negara.Ke hutan memikul senjata.Padahal,kau duduk saja.Ada

di antara kaummu yg menganggur.Kau tidak seperti dulu lagi.Adam!

Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?

Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong,maka

Adam patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Ornag kata, “Jika anak

jahat emak bapa tak pandai didik.Jika murid bodoh,guru tak tahu

mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil.Tak mahu dengar

kata.Tak mudah makan nasihat.Kepala batu.” Pada hematku yg dhaif ini

Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti

didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda? Adakah layananmu

sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu

boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum.Aku pengikutmu dan kau

ketuaku.Jika kau benar, maka baiklah aku.Jika kau lalai,aku juga

lalai.Kau punyai kelebihan akal,aku pula kelebihan nafsu.Akalmu

sembilan,nafsumu satu.Aku! Akalku satu nafsuku beribu.Oleh itu Adam!

Pimpinlah aku dari kelalaian.Aku sering tergelincir krn dorongan

nafsuku dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah aku menghayati kalimah suci

ALLAH.Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang

hidupku.Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi

mejahidah,kekasih ALLAH.

Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri.Segan menuruti

langkah para sahabat.Masih gentar mencegah mungkar.Maka,tunggu dan

lihat,saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.Kau

akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Labih teruk lagi,engkau

malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.



INSAN YANG BERGELAR BAPA DI SUDUT HATI KU...( ABAH )

ABAH KU,
SEBELUM DIRI INI MENGENALI DUNIA
DIRIMU KU KENALI SELEPAS ARWAH IBU KU
KETEGASAN MU MENDIDIK KU,
UTK MELIHAT ANAKMU INI MENJADI
INSAN YANG SEBENARNYA MANUSIA..
KELEMBUTAN MU MENYAYANGI KU,
UTK MELIHAT ANAKMU INI KAYA
DENGAN KASIH SAYANG
WLUPUN TIDAK KAYA DGN HARTA
YANG KAN BERIKAN UTK KU...

ABAHKU,
KETIKA DI BANGKU SEKOLAH,
KAU BERTUNGKUS LUMUS MENCARI REZEKI
UTK MEMBESARKAN ANAK2 MU DAN
MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MU SEBAIK MUNGKIN
MUNGKIN MASA YANG KAU LUANGKAN TIDAK BANYAK
UTK MELIHATKU, BERSAMAKU
KERANA KAU PERLU MENCARI REZEKI UTK KELUARGA KITA
TAPI , DIRI MU KU TETAP KURASAKAN
SENTIASA BERSAMAKU..
DI SUDUT HATI KECIL INI..
KERANA BAGI KU,,
KAU LAH IBU DAN KAU LAH BAPA

ABAHKU,
KINI ANAK MU SUDAH DEWASA..
DENGAN DIDIKAN MU ITU..
DENGAN KASIH SAYANG MU ITU..
DENGAN REZEKI YANG KAU BERIKAN ITU..
DENGAN HARAPAN YANG KAU IMPIKAN ITU..
ANAKMU KITA SUDAH MERASAI
BANYAK NIKMAT DARI PENCIPTA
SEDIKIT CUMA UJIAN DARI MENCIPTA
UKHWAH FILLAH DARI SAHABAT SEPERJUANGAN
NAMUN KEJAYAAN MASIH KU CARI UTK
KU HADIAHKAN PADA MU
SEBAGAI TANDA KU BERSYUKUR
DI KURNIAKAN SEORANG BAPA SEPERTI MU..

ABAHKU,
KAU SUMBER INSPIRASIKU..
YANG MENDIDIKKU SEHINGGAKAN
ANAKMU MAMAPU MENCAPAI
SATU KEHIDUPAN YANG BERMAKNA
KETIKA INI..
semoga doa dan restumu
mengiringi ku..AMIN
ABAH..selamat hari bapa..

Tuesday, April 27, 2010

HATI kita Milik_NYA...


banyak ketawa membuatkan hati kita mati....

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. setiap insan sering berhadapan dengan pelbagai ujian hidup yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. selain itu juga, Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan manakala ketawa pula selalunya menjadi manisfestasi keriangan dan kepuasan yang tidak dpt dirasai oleh setiap insan..

Islam tidak melarang umatnya utk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dgn ketawa. namun, sebagai agama yang Syumul dengan adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan..Ini bagi mengelakkan Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang bukan Islam.


Menyingkap sirah Rasulullah saw ketika Baginda hebat melancarkan misi Dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan utk bersma-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi mbatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.


Berikutan peristiwa itu, Allah perfirman yang bermaksud : " Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."( surah at-Taubah, Ayat 82)

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaummunafik yang selalunya suka mengamalkan tabiatketawa berlebihan.

Justeru, jika begitu sikap mereka , maka sebagai umat Islam, kita

harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri

semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkannya utk mengelaknya

berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa jua keadaan hidup sekalipun,

Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada

bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan

bertindak balas dengan apa yang dialami.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Dan janganlah kamu banyak

ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." ( Riwayat Ahmad dan

al-Tirmizi)



Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan Mukmin

segera menginsafi diri utk tidak menjadikan ketawa sebagai

cara utk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan.

Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.


Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang.

justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata

menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia dalam kehidupan ini,

maka sudah tentu tiada sedikit pun manfaat danganjaran yang diperoleh

kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.


oleh itu sama2 lah kita menjaga dan memelihara seketul darah
yang benama HATI ini dengan sebaiknya. sebagai seorang Muslim
sudah tentunya kita inginkan keberkatan dankeredhaan daripada Allah dalm setiap amalan dan perbutan kita...
namun, jika hati kita kotor dan tercemar dgn perkara2 yg tdk baik,
adakah kita dapat beberkatan dan Keredhaan ALLAH ITU???
SEMOGA KITA DAPAT MEMELIHARA 1 kurniaan ALLAH yg tdk ternilai ini...
kerana dgn hati ini kita dpt merasai kasih sayang, disayangi dan menyayangi..
^_^ ayuh sahabat2... mari beramal...
wslam...