Tuesday, November 6, 2012

sunnah orang berjuang


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

 Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga

 pelita hidup : Hijjaz

Thursday, November 1, 2012

Lelaki Cantik Untuk Didampingi

                    
                           Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu
                  meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara
                  pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
                  kepalanya.

                  Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami
                  antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan,
                  orang ramai ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
                  rumah
                  dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk
                  memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
                  pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu
                  tanpa sebarang gangguan.

                  Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah
                  kawanku. Aku tidak akan berseorangan walau dalam keadaan apa
                  sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
                  meninggalkannya
                  sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

                  Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
                  berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
                  kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan
                  suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
                  Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa. Bila
                  pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
                  untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
                  malaikat - malaikat dari syurga"

                  Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
                  kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
                  dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan

                  merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

                  Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
                  adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
                  mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk
                  tempoh sesaat.

                  Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan
                  menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan -
                  amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran
                  sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah
                  benar. saya berharap "Orang Yang Kacak" itu bersama dengan saya ketika
                  sampai waktunya nanti

                  Wallahua'lam


                  "Khairukum man ta'allamal quran wa'allamah"
                  "Sebaik kamu ialah orang yg belajar al-Quran dan
                  mengajarkannya"