Firman Allah SWT:
سا بقوآ إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها كعرض السمآء والأرض أعدت للذين ءامنوا بالله ورسله ج ذالك فضل الله يؤتيه من يشآءج والله ذوالفضل العظيم
" Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulnya. itulah kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan. Allah mempunyai kurnia yang besar"
(surah al-Hadid ayat 21)
Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawasanya Allah SWT menganjurkan agar manusia berlumba merebut peluang yang disediakan kepada hamba-Nya, merebut kurnia Allah tidak sama dengan merebut peluang-peluang duniawi atau berebut utk naik pangkat dalam kerjaya, kerana peluang kekayaan atau pangkat itu selalunya terbatas. sedikit sahaja yang akan berjaya, berdasarkan peluang tersebut juga terhad, sebaliknya ramai pula yang akan gagal.
Tetapi berlumba bagi mendapatkan keampunan Allah terbuka untuk semua manusia, kerana peluang tersebut merupakan rahmat Allah yang tersangat luas. Tidak ada orang yang mampu menghalang atau melarang orang lain yang hendak merebut pahala, kerana itu perlumbaan mendapatkan rahmat Allah merupakan perlumbaan yang akan dimenangi oleh semua orang yang berlumba. berbeza pula dengan perlumbaan ahli sukan yang akhirnya akan dimenangi oleh pemenang pertama kedua dan ketiga, manakala selebihnya pasti gagal.
sekiranya manusia tidak merebut peluang keemasan yang dibentangkan di hadapan mereka, pasti mreka akan terlepas peluang yang tidak mungkin akan dapat dicapai semula. Apabila kematian mengakhiri kehidupannya, maka penyesalan yang akan di hadapinya akibat kelalaiannya . Ketika itu pasti dia sudah terlambat dan tiada gunanya lagi penyelesaian..
Peringatan ini ana ingin kongsikan bersama-sama sahabat semua daripada kata-kata Tok Guru Nik Abd Aziz di dlm bukunya yang bertajuk " INSAN, INGATLAH!! Semoga ianya menjadi ingatan untuk diri ana dan sahabat -sahabat..
waALLAH 'alam..
No comments:
Post a Comment