Saturday, April 28, 2012

KasihMu Tuhan ku dambakan.

   


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi maha Penyayang...

Kala sahabat-sahabat lain untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ni berjuang untuk BERSIHkan segala kemungkaran dan berjuang untuk di Agama Allah,bukan dengan senangnya hati ana untuk diam tanpa sumbang apa2 pada jalanNYA..walaupun hati meronta-ronta untuk keluar bersama sahabat-sahabat di luar sna, tp perancangan Allah itu lebih baik dr perancangan kita..mungkin halangan ini hanya untuk menguji keimanan dan ketakwaan samada kita akan teruskan perjuangan dengan cara lain ataupun hanya mendiamkan diri tanpa pengisian rohani. Ya, Allah...nawaitu hati...

Tinta ana pada kali ini ingin mengingati sesama kita bagaimanakah iman kita pada hari ini? setakat mana tahap pergantungan kita pada yang Esa? sekiranya semakin bertambah dari kelmarin, semalam dan sebelumnya, alhamdulillh..seorang hamba itu akan baik pada pandangan ALLAH dgn ibadah dan amalan yang dilakukan dengan sejujur hati.. 


Ana terkesan pada kata-kata Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya iaitu:

Rasulullah SAW dalam hadis dr Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa ada org dalam kumpulan bertanya padanya:-

" Wahai Tuan, ceritakan kepadaku sebuah hadis yang kamu dengar secara langsung dari Rasulullah.!"

" Saya mendengar Rasulullah saw bersabda,' Sesungguhnya orang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia dibawa dan ditanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya.

Allah swt berfirman padanya,' Apakah yang kamu amalkan di dunia ini? Dia menjawab, ' saya berperang sehingga mati syahid.' Allah menjawab,' Kamu berdusta, tetapi kamu berperang supaya orang berkata kamu berani dan itu telah dikatakanya.' Lalu Allah memerintahkan agar wajahnya ditarik, kemudian dilemparkan ke dalam api neraka.



' Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkan dan suka membaca Al-Quran dibawa padanya. Nikmatnya ditanya dan dia mengakuinya. Allah berkata,' Apakah yang kamu lakukan di dunia ini? Dia menjawab,' saya mempelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran krn-MU,' Allah berfirman,' Kamu berdusta kerana kamu mempelajari ilmu supaya orang mengatakan kamu pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran dan semua itu telah diucapkan oleh mereka.' Allah pun memerintahkan agar dia dicampakkan ke dalam api neraka.


' Seterusnya, orang yang diberikan kelapangan oleh Allah dan diberikan berbagai jenis harta akan dibawa dan ditanya akan nikmatnya dan dia mengakuinya'. Allah swt berfirman,' apakah yang telah kamu lakukan di dunia? Dia menjawab,' saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai supaya menginfakkan harta, melainkan saya menginfakkannya krnMU.' Allah menjawab,' kamu berdusta, tetapi kamu melakukan supaya kamu dikatakan sebagai dermawan dan itu telah dikatakannya.' Allah lalu memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka."

( HR.MUSLIM)


Melalui hadis R asulullah saw tersebut, baginda ingin mengingatkan kita supaya sentiasa bersandarkan kepada Allah swt apa yg kita lakukan di dunia ini. biarlah kita dipandang rendah pada pandangan manusia ttp kita mendapat tempat di sisi Allah..Dekatnya Allah pada hambanya, wlupun pada urat darah hambanya , DIA Maha Mengetahui apa yang ada di sebalik hati kita..Jadi, ayuh shbt, mohonlah pada Allah, mengadulah padaNYA dalam apa jua urusan dan keadaan krn Dia yg akan memberi segala nikmatnya pada seseorang yg DIA kehendaki..nikmatnya terasa bila ALLAH makbulkn doa kita dgn memberi pa yg kita minta dgn sepenuh hati kita..^_^ Allah itu dekat, penuh kasih sayang..
wallahu'alam..


Tuesday, April 24, 2012

Tuhan, KasihMu ku dambakan


"ya Rahman...
berikanlah ku kekuatan
kurniakanlah ku kudrat
membina tembok keyakinan
mencari wadah kebenaran
merantai gundah dalam iman...

ya Latiff...
semaikan diriku dengan ketaqwaan
suburkan diriku dengan kesyukuran
cambahkan jiwaku dengan ketenangan
agar tidakku terkapai-kapai dalam kesesatan...

ya Karim...
lontarkan kesepian dalam diriku ini
singkaplah pintu hati hambaMU ini
moga tiada gundah yang meronta
moga tiada pilu dirasa
moga tiada lalai tercipta...

ya Allah...
padaMu ku serah segalanya
padaMu ku serah seluruh cinta
padaMu ku kembali jua...

"

Thursday, April 19, 2012

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.

“Mencintai tak semestinya memiliki”

Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.

Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.

Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.

Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,

" Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)



Sunday, April 8, 2012

Kurangkan Agenda Mencari yang Soleh, tetapi Berusahalah Menjadi yang Solehah,,


Wahai GADIS , apabila Kamu berteman dengan INSAN bergelar LELAKI, INGATLAH, ada dua PILIHAN yang TERBENTANG iaitu ,

PERTAMA, KAMU MENJADI seperti KELAPA. MUDAH DIPEROLEH, DIPARUT, DIPERAH , DIAMBIL SANTANNYA, selepas itu, HAMPASNYA DIBUANG .

Dan ,

KEDUA, KAMU MENJADI seperti MUTIARA. BERADA DI DASAR LAUTAN, TERSIMPAN RAPI, DILINDUNGI KULIT, BUKAN SENANG DILIHAT apatah lagi MENDAPATKANNYA. HANYA ORANG yang BERTUAH DAPAT MEMPEROLEHINYA .

Wanita..
Kita bukanlah makhluk yang lemah..
Cuma kita dijadikan ALLAH kurang sedikit kudratnya daripada lelaki..Kerana ALLAH tidak mau menyamakan kita seperti lelaki..
Kerana ALLAH inginkan kita dilindungi lelaki..
Jika kudrat kita itu lebih dari kudrat lelaki, apa perlu kita dilindungi??

Wanita..
Kita ini insan istimewa..
Kita punya 9 nafsu 1 akal..
Tetapi 9 nafsu itu belum tentu dapat menghancurkan kita..
Kerana 1 akal yang kita miliki itu mengawal 9 nafsu yang kita ada..

Ingatlah wanita..
Kita tidak lemah..
Kita tidak mudah goyah..
Kita tidak mudah patah..

Sesungguhnya,
Selemah-lemah wanita itu apabila..
Dia tidak mampu mengawal nafsunya..
Dan dia tidak mampu menjaga kehormatannya..

WAHAI MUSLIMAH !

♥ ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA pahatkan SUBAHANALLAH di dalam HATImu agar RIAK jauh dari JIWAmu,

♥ ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA alunkan ASTGHFIRULLAH di dalam KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATImu,

♥ ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILAH di dalam JIWA mu agar KESYUKURAN dekat di KALBUmu,

♥ wahai BAKAL suamiku TAK PERNAH aku beri cinta ini PADA insan SELAINmu.

♥ wahai BAKAL suamiku TAK PERNAH aku putus DOA untuk bertemu denganmu.

♥ wahai BAKAL suamiku TAK PERNAH aku lihat wajah mu sebelum AKAD diucapmu.

♥ wahai BAKAL suamiku TAK PERNAH aku putus rindu untuk HIDUP bersamamu.

♥ aku MENERIMAmu bukan kerana RUPAmu atau HARTAmu serta KETURUNANmu TAPI aku menerimamu kerana AGAMAmu, bukan SEKADAR agama diatas IC TAPI agama YANG menjadi IKUTANmu, PEGANGANmu, AMALANmu serta KECINTAANmu..

Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini....

sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..

Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...

Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..

Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...

Hanya CinTaMu, ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)

Saturday, April 7, 2012

jika kita menutup org lain, Allah menutup aib kita..



Manusia suka suka menganggap menceritakan tentang keburukan seorang Muslim lain adalah perkara yang kecil. Namun tahukah kita bahawa Rasulullah SAW menyatakan dosa menjatuhkan maruah seorang Muslim yang lain adalah lebih besar daripada dosa seorang anak lelaki yang berzina dengan ibu kandungnya.

Jadi bayangkan, dosa yang mungkin kita anggap kecil tetapi sebenarnya sangat besar di sisi Islam. Mungkin kita tidak sedar selalu bercerita mengenai keaiban orang lain bersama rakan atau jiran sehingga menjadi rutin seharian dalam hidup kita.

Sesungguhnya Islam itu meletakkan maruah seseorang di tempat yang sangat tinggi. Justeru itu, seorang Muslim tidak berhak mencemarkan maruah seorang Muslim lain dengan menjaja atau membuka aibnya.

Ketika zaman Nabi Musa AS, tersebut kisah yang menyatakan kaum Bani Israil ditimpa kemarau berpanjangan. Mereka berjumpa Nabi Musa AS dan berkata: “Wahai Kalamullah, berdoalah kepada Tuhanmu supaya Dia menurunkan hujan kepada kami.”

Lalu Nabi Musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. Kemudian berdoalah Nabi Musa kepada Allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu.

Namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi dan kali ini Allah menjawab doanya dengan berfirman: “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian, sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa, melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.”

Lalu Nabi Musa mengumumkan firman Allah itu. Saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan. Lalu terbisik di hatinya: “Kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku. Kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.”

Hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati: “Ya Allah! Aku sudah melakukan maksiat kepada-Mu selama 40 tahun tetapi Engkau tidak pernah membuka aibku. Aku bertaubat kepada-Mu sekarang, maka terimalah taubatku.”

Saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. Nabi Musa kehairanan kerana tidak ada seorang pun muncul untuk mengaku seperti dikehendaki Allah. Lalu Allah menyatakan bahawa orang itu bertaubat kepada-Nya.

Nabi Musa seraya berkata: “Tunjukkan aku siapakah hamba-Mu yang taat dan beriman itu.” Namun Allah menjawab: “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya, sedangkan dia taat kepada-Ku!”

Begitulah Allah memelihara aib hamba-Nya, sedangkan kita tahu siapa kita di sisi Allah yang Maha Agung.

Kerana itu, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga maruah orang lain seperti dalam firman-Nya di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, bermaksud: “… dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.

“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Kerana itu, jika kita lihat sistem perundangan Islam, kita dapati Islam memelihara maruah pengikutnya.

Sebagai contoh, sebelum menjatuhkan hukuman sebatan 100 kali terhadap penzina (belum berkahwin), beberapa syarat wajib perlu dipatuhi.

Antaranya, si pengadu hendaklah membawa empat saksi yang adil, yang melihat dengan mata sendiri dan saksi itu hendaklah bukan daripada kalangan fasik.

Jika gagal, hukum sebatan 100 kali itu akan ditukar kepada hukuman lebih ringan jika perlakuan zina itu dapat dibuktikan dengan cara lain.

Begitu juga dengan si penuduh, jika gagal membuktikan pertuduhan dan didapati hanya berbohong, hukuman 80 kali sebatan akan dijatuhkan ke atasnya.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4, bermaksud: “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang fasik.”

Itu antara contoh bagaimana Islam menitikberatkan soal maruah setiap penganutnya. Diletakkan syarat dan hukum ketat supaya maruah seseorang itu tidak dipersenda atau digadaikan dengan sewenang-wenangnya.

Contohilah akhlak Nabi SAW ketika menerima perkhabaran bahawa Ikrimah, anak kepada Abu Jahal, yang mahu memeluk Islam. Baginda berpesan kepada sahabat supaya jangan ditanya mengenai bapanya atau keluarganya (Abu Jahal) kerana bimbang dia malu. Sebaliknya, raikan dia sebagai saudara baru di dalam Islam.

Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak menyedari perkara ini. Ada saja gosip mahu dikongsi bersama rakan atau jiran. Walaupun kadangkala apa digosip itu benar, tetap menjadi kewajipan kita memelihara aib seseorang.

Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba- Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti.




Barangsiapa bertakwa kepada Allah,

nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,

nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.