S
|
yidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat
Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah,
mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis
kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka
itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan
mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga
akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya
dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan
mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka
membawa ke langit ketujuh."
selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana
Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana
inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula
untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah
memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai
selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan
kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan
sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan
persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas
kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu
semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan
hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa
sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan
laknat segala sesuatu di langit."
Oleh : MOHD HANAFI BIN
JAMALUDIN
No comments:
Post a Comment