pemilik Qalbuku..
Wahai Pemilik qalbuku..
ketika airmta ini gugur menghurai kepiluan, pautkan ku pd dahan redha
dan ketabahan..peluklah daku saat resah menggumam jiwa nan lara menyusur
jalan mehnah dn kesedihan..tika hatiku luluh trluka, hanya cintaMU
belaian terindah ♥
“Allah,Engkau
tahu betapa tertatihnya hamba dalam meniti jalan ke syurgaMu. Betapa
banyak peluang kebaikan yang ku abaikan. Maafkan hamba Ya Allah, kerana
meski berlalu usia dalam bilangan yang banyak…masih sedikit rasa
syukurku kepada Mu…”
Wahai diri..
Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang
lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi
kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi...
No comments:
Post a Comment